PERKONGSIAN PERJALANAN HIDUP KU

Pengalaman menjadi ibu adalah detik yang paling indah dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada ku.. Genap 2 tahun setengah berkongsi hidup bersama suami tercinta, maka lahirlah zuriat pertama kami, Qaisara Nur Qaseh Binti Ismail pada 4hb Jun 2010, tepat jam 11.25 pagi.


Marilah bersama berkongsi pengalaman, tips, petua dan segala-segalanya ..

Monday, April 23, 2012

Catatan Seorang Ibu..

Sebenarnya, saya memang minat menulis dari dahulu lagi.. Pernah di zaman sekolah menengah, saya menulis cerpen dan novel bersambung-sambung semasa prep. Saya pernah tak tidur, menghabiskan cerpen saya. Sejujurnya, saya juga pernah mencuri-curi menulis cerpen semasa saya bingung dan bosan di pejabat. Kesimpulannya, saya memang suka menulis. Jadi, terimalah bingkisan yang sekelumit in (amboi bahasa.. ;p) untuk renungan dan perkongsian bersama (saya menulis catatan ini di pejabat sebab saya bosan dgn perkara-perkara URGENT konon dan malas nak balik lagi sebab jam. Tapi now dah pukul 5.55 ptg ye, saya tak curi tulang ye!).

Actually, saya jumpa artikel ini dalam blog teacher Aisyah, Teacher Watie Aziz. Suka follow blog beliau sambil tgk cara2 beliau mengajar The Qs membaca. Oleh kerana asalnya Aisyah juga adalah Q, maka saya berharap Aisyah akan dapat menjadi seperti The Qs. Bijak membaca and really smart. Percayalah kawan-kawan, setiapa anak yg dilahirkan ke dunia mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri. Saya sentiasa memerhatikan Aisyah, setiap hari pasti ada benda baru yang keluar dari dalam dirinya, tak kiralah dari segi perlakuan, percakapan (walaupun cakap German), dan emosi. Oleh yg demikian, perhatikan anak-anak anda setiap hari dan sentiasa peka dengan apa saja yang mereka lakukan. Dari situ, anda akan dapat mengenali keistimewaan anak-anak secara perlahan-lahan. Tapi, usah dibiarkan keistimewaan itu berlalu dan terbazir begitu saja, polish them.. assist them to shine..  Be consistent.

Kenapa saya mengajak anda menjadi lebih prihatin dan peka dengan anak-anak anda?
Kerana, mereka tentunya tidak diminta untuk dilahirkan ke dunia, KITA yang meminta untuk mereka lahir dan hadir dalam hidup kita. Jadi, apabila sudah berjaya memperolehi mereka, peliharalah sebaik mungkin, berikan yang terbaik untuk mereka, kerana…mereka sebenarnya takut untuk berada di dunia ini.. Mereka risau jika mereka tiada pelindung, tiada penjaga..
Sudahnya, kita, seorang ibu, telah dipilih untuk menjaga mereka.. Layak kah kita dianggap sebagai MALAIKAT buat anak-anak kita? Renungkan…


Suatu hari, seorang bayi menerima perintah daripada PenciptaNya: "Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia." Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya. Lalu bayi itu bertanya kepada Tuhannya: "Selama ini, ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi, bagaimana akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecil dan lemah ini?" 

Lalu Tuhannya menjawab, "Jangan takut. Sesungguhnya Aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti." Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi, "Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurga ini, aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatkanku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?" 

Lalu Tuhannya menjawab, "Jangan takut, malaikat yang kupilih itu akan menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuatkan engkau berasa hangat dan dicintai!" Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi, "Aku tidak makan memahami bahasa mereka dan mereka juga tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?" 

Lalu Tuhannya menjawab, "Malaikat yang ku pilih itu makan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan, dia akan mengajarmu berbicara." Bayi itu bertanya lagi : "Dan bagaimana caranya perlu aku lakukan jika ingin berbicara denganMu kelak?" 

Lalu Tuhannya menjawab, "Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti!" Bayi itu masih terus bertanya : "Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat. Jadi siapa yang akan melindungiku nanti?" 

Lalu Tuhannya menjawab, "Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!" Dengan sedih, bayi itu bertanya lagi, "Aku akan berasa sedih kerana kerana tidak dapat bersamaMu lagi!" 

Lalu Tuhannya menjawab: "Usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tentangKu padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaimana engkau akan kembali kepadaKu bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya aku sentiasa berada disisimu!" 

Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir, "Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkah aku tahu siapakah nama Malaikat yang engkau maksudkan itu?" Lalu Tuhannya menjawab: "Ibu! Ibu yang melahirkan engkau!"

Jadi, kitalah Malaikat itu. Saya adalah Malaikat buat Qaisara Nur Qaseh..
Malaikat yang bagaimana? Renung-renungkan..

Nota kaki : Sebenarnya, catatan ini dah lama ditulis, cuma baru-baru ini saya teringat yang saya mempunyai sebuah belog. Dah setahun lebih tak terusik, sepi tanpa sebarang catatan, bersawang.. Mungkin tiada pembaca pon. Tapi takpe lah, sekurang-kurangnya, saya menulis..untuk catatan harian saya..sebagai ibu buat Qaisara Nur Qaseh @ Aisyah. Bagaimana datang nya nama Aisyah? nanti saya tulis lagi.. Banyak sangat sebenarnya yang mahu dikongsi, tapi masa mencemburui saya. Insya'Allah..saya cuba.. Buat masa ini, saya mahu SMS kawan2, minta komen tentang belog saya ini.
Sehingga bertemu lagi.. LOVE.

No comments:

Post a Comment