Sejujurnya..saya tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja di pejabat, walaupun kerja bertambun, report harus disiapkan hari ini kerana esok pagi, kena present pada meeting pengurusan kredit. Fikiran asyik teringat pada anak kecil saya, yang diambil oleh ibubapa saya untuk dijaga sehingga sihat.
Curik tulang? Mengelat?
Kata lah apa pada saya, yang pasti nya saya tidak dapat berbuat satu kerja pun sekarang.. Yang saya tahu.. Qaseh… Qaseh.. Qaseh…!!
Bayi comel saya baru berusia 7 bulan setengah.. Sangat adorable and senyuman nya, hanya Allah yang tahu, betapa sejuk nya hati saya melihat senyuman itu. Hilang segala penat dan tekanan apabila melihat diye tersenyum pada saya. Sudah pandai mengesot. Laju mcm soljar (soldier)! Sudah tumbuh gigi 2 batang di bawah, tapi satu TINGGI dan satu lagi, baru malu-malu nak muncul..
Kenapa saya asyik teringat pada nya?
Qaseh tidak lah sihat sepenuh nya.. batuk-batuk dan selsema.. Sejak saya hantar ke nursery, makin kerap pulak demam, batuk, selsema.. Sehingga minggu lepas, Rabu, 12/01/2011 jam 1.30 pagi, Qaseh hampir kebiruan kerana tersedak tatkala saya memberinya ubat.. Trauma yg teramat buat saya dan suami.. Suami memecut laju ke hospital.. dan saya berlari ke Emergency.. Mujur juga di dalam kereta, suami berpesan, “keep on talking to her, make sure she’s awake”… Dgn hanya memakai diaper dan berselimutkan T-shirt suami, saya lihat Qaseh sudah membuka mata.. tegak memandang sekeliling. Saya pakaikan Qaseh pyjama… Qaseh juga demam ketika itu.. 38.6.. Tinggi ye..
Emak dan ayah di kampung terus bergegas ke Shah Alam, apabila saya melefon beliau pada Rabu pagi, jam 9.00.. 11.30 sudah muncul di hospital.. Qaseh? Alhamdulillah, Nampak selesa bernafas terutama sejurus diberi nebulizer.. Pengalaman belajar fisio secara tidak langsung, sangat membantu ketika Qaseh susah menarik nafas pagi dinihari itu..
Kenapa masih teringat?
Emak sms saya pagi tadi, “Qaseh menangis “giler” last night semasa nak tidur, sampai terbatuk dan termuntah.. Mungki dia dah rindu dgn Mommy.. 1st night, tak terasa sangat..”.
Ini lah bayi yang menyusu badan sepenuhnya.. sangat rapat dengan ibu.. diye rindu dengan bau ibu..
Saya menangis?
Ye, saya menangis sekarang ini.. saya benar-benar rindukan Qaseh saya.. Susu dah berbekas-bekas di rumah.. Hampir penuh semula freezer di bahagian bawah. Sebentar lagi, 2nd session pula..
Terasa sangat lambat hari esok, di mana saya dan suami akan pulang menjengok Qaseh..
Itu lah arrangement yang dibuat Emak..
Seminggu di AG, seminggu di SA. Emak sanggup berkorban, demi memastikan cucu nya sentiasa sihat.
Jika Qaseh di AG, saya akan pulang setiap Rabu, dan bertolak ke pejabat pada subuh Khamis.. demi memastikan Qaseh tidak rindu pada Mommy dan susu Mommy juga masih maintain kuantiti dan kualitinya.
Bersambung kemudian, kerana 2nd session sudah tiba..
No comments:
Post a Comment